| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Jabatan Penjara Malaysia

Khamis 16 Jun 2011 Penjara Kluang, Johor telah menjadi tuan rumah untuk majlis pemakaian pangkat pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia. Majlis bermula tepat jam 1500hrs dengan ketibaan YB. Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dengan diiringi oleh Y. Bhg. Datuk Wira Haji Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara yang sudi menerima tabik hormat serta memeriksa kawalan kehormat dari pegawai dan anggota yang terlibat. Majlis telah diadakan di Dewan Sri Siantan Kompleks Penjara Kluang, Johor dan pada majlis berkenaan, YB Menteri Dalam Negeri sudi untuk menyematkan pangkat kepada 45 orang pegawai kanan yang telah dinaikkan pangkat serta menyampaikan Pingat Bakti Setia kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Kementerian Dalam Negeri iaitu YM Dato Raja Azahar Bin Raja Abdul Manap. Selepas majlis pemakaian pangkat berkenaan selesai YB Menteri Dalam Negeri dibawa oleh Y. Bhg. Datuk Wira Ketua Pengarah Penjara untuk melawat tapak Perjumpaan Bersemuka 1Malaysia dimana, seramai 50 orang banduan yang dipilih telah berpeluang untuk berjumpa dengan keluarga secara bersemuka. Pada lawatan berkenaan, YB Menteri Dalam Negeri mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan keluarga banduan serta menyampaikan cenderahati kepada banduan yang terlibat. Majlis diakhiri tepat jam 1700hrs dengan semua yang terlibat dijemput untuk menikmati hidangan minum petang yang telah disediakan.

""